MISI RM 2JUTA DANA WAQAF ALMUSTAFA (AKADEMI PENGAJIAN ISLAM ALMUSTAFA

13407210_1037443573009900_1654334306035197842_n

Assalamualaikum…

kepada seluruh warga malaysia, semoga dengan keberkatan tahun baru hijrah ini kita sama-sama dapat nikmat yang baik dari Allah swt…

Alhamdulillah.. kami dari SAHABAT MUKMIN MALAYSIA ingin berkongsi saham akhirat bersama warga malaysia atas dasar pembangunan Pusat pengajian Islam AlMustafa ( Darul Uloom AlMustafa). di Lot 3266 Jalan Tempayan Emas 2, Kg Paya Jaras dalam, sungai Buloh Selangor Darul Ehsan.

dan untuk makluman, DARUL ULOOM ALMUSTAFA sekarang ini sudah beroperasi di bangunan sedia ada, dari awal tahun 2015 dengan murid seramai 15 orang dan asrama kami boleh manampung serama 80 orang pelajar buat masa ini.

untuk pelan pembangunan FASA 1, kami dalam tindakan untuk mengambil alih tanah dan bangunan sedia ada ini di Lot 3266 Jalan Tempayan Emas 2, Kg Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh Selangor dengan dana waqaf / derma dari pihak kaum muslimin. Alhamdulillah pengumpulan dana ini sudah pun berlangsung dan kami memerlukan RM 2juta untuk beli tanah dan bangunan sedia ada ini dan insyaallah pada Fasa 2 nanti kami akan membina surau dan asrama di dalam tanah yg sama.

pada pelan FASA 1, kami mengalami sedikit masalah dengan pihak bank kerana kami mengambil keputusan membeli rumah dan tanah madrasah ini dari pemilik yang sedang mengalami masalah kewangan. Pihak bank bagi tempoh masa kepada kami sehingga JANUARI 2016 untuk kami selesaikan dengan pihaknya bagi mengelak daripada lelongan oleh pihak bank.

Atas dasar perjuangan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini, dan atas dasar meneruskan perjuangan Rasulullah saw. Kami memohon sekalian warga malaysia untuk sama-sama membantu kami dalam menjayakan misi ini. kami hanya memerlukan sedikit perkongsian kewangan dan perhatian dari pihak kaum muslimin.

Pada perkiraan, kami memerlukan 40000 orang pewaqaf atau penderma ikhlas yang hanya menghulurkan rm50 seorang untuk mencukupkan misi dana RM2 juta ini.

semoga perkongsian dana waqaf ini menjadi perhatian kaum warga muslimin di malaysia ini dan menjadikan saham akhirat pembinaan DARUL ULOOM ALMUSTAFA ini sebagai amal jariah ikhlas dan tanda syukur kita kepada Allah swt.

saya Ust Hj Hasnul Hakim Bin Hj Muhammad Zain selaku Mudir Darul Uloom Al Mustafa menyeru seluruh warga Malaysia untuk membantu kami dalam melaksanakan MISI ini. Sesungguhnya   Allah swt sahajalah yang berkuasa atas hamba-hambanya. Insyaallah…

CIMB ACC (DARUL ULOOM ALMUSTAFA) : 8600590460

H/P :0192081191 UST HAKIM

 

Add a Comment