Ziarah & Umrah musim sejuk – Tarim, Salalah, Mekah dan Madinah

umrahziarah2018-5Alhamdulillah, Dengan keizinan Allah swt, SAHABAT MUKMIN TRAVEL & TOURS SDN BHD pada kali ini menyediakan pakej ZIARAH dan UMRAH MUSIM SEJUK yang istimewa dan sedikit kelainan berbanding tahun sebelumnya. Jika sebelum ini Sahabat Mukmin hanya menumpukan kepada pakej umrah, kali ini, Sahabat Mukmin  ingin mengajak anda semua untuk menjejak dan merasai kemanisan berada di bumi para auliya – Mekah, Madinah, Salalah dan Tarim.

Jelas disebut di dalam al Quran tentang keistimewaan Mekah dan Madinah. Selain datang untuk beribadat, hadirkan hati untuk merasai pengorbanan nabi dan para sahabat.

Salalah, sebuah bandar persisir pantai di Oman yang kaya dengan keindahan alam semulajadi yang mendamaikan. Selain struktur buminya yang berbukit dan sangat cantik, Salalah juga mempunyai tinggalan sejarah para nabi yang dijaga rapi.

Tarim pula yang terletak di Hadramawt Yaman, juga dikenali sebagai “kota sejuta wali” telah mendapat keistimewaan dan kedudukannya tersendiri. Telah masyur dalam kitab-kitab sejarah Islam betapa banyaknya keutamaan serta kebaikan yang Allah swt limpahkan kepada negeri ini. Selain terkenal sebagai pusat ilmu dan dakwah, Tarim juga istimewa kerana menjadi markas besar para auliya dan alim ulama.

Rasululah saw bersabda, “ketika terjadi fitnah di mana-mana maka tetaplah kalian di negeri Yaman. Sesungguhnya ia adalah tanah yang diberkahi

Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama kami dalam kembara yang bukan biasa-biasa. Ia suatu kembara kerohanian yang bakal membawa anda untuk mengenal diri dan sejarah.

Mari sertai kami dalam Kembara Kota Auliya pada bulan Januari ini.

 

DAFTAR SEGERA DENGAN DEPOSIT MINIMA RM 500 SEBELUM 30 DISEMBER 2017

TEMPAT ADALAH TERHAD!

Untuk sebarang persoalan, boleh hubungi:
1. Ninie Zakaria – 0199001932

2. Puan Rokimah – 0124800026

3. Ustaz Hasnul Hakim – 0192081191

atau boleh juga menerusi Group WhatsApp – Kembara Kota Auliya’ di https://chat.whatsapp.com/Ck6m26GzViQBRefDgeMwB6

Add a Comment