QURBAN HAJI

Flyers-Qurban-Haji-combine2017

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

 

 

 

 

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

• Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

• Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

• Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta’yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata “lembu ini aku jadikan qurban”. Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram. Daging qurban wajib (nazar) tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

Justeru, Darul Uloom Al Mustafa akan menganjurkan Program Qurban &  Aqiqah sepanjang Musim Haji 1438H/ 2017. Kami mengalu-alukan penyertaan dari Tuan/Puan kerana sebagaimana sedia maklum, terlalu besar fadhilat melakukan apa sahaja ibadat di Tanah Suci Mekah.

  • Program ini menjadi pemudahcara bagi pesertaUmat Islam di Malaysia menunaikan tuntutan Ibadah di Makkah tanpa perlu ke Makkah.
  • Yuran yang murah dan berpatutan iaitu RM550 untuk satu ekor  kambing.
  • Qurban  & Aqiqah dilaksanakan di Makkah dimana pahala amal ibadat kita dilipat-gandakan berbanding di tempat lain.
  • Penganjur  menetapkan kambing sebagai ternakan korban agar pengurusan dan niat pemberi korban lebih terfokus kepada 1 jenis qurban sahaja.
  • Program ini diuruskan oleh urusetia yang berpengalaman dalam urusan Qurban & Aqiqah sepanjang Musim Haji sebelum ini.

Tarikh Tutup Penyertaan Ibadah Qurban :  20 Ogos 2017

Borang boleh dipenuhi secara on-line. Klik di sini atau pergi ke pautan Daftar Qurban Haji

Untuk Keterangan Lanjut, Hubungi Urusetia:

Ustaz Hj. Hakim +6016-3611740 (admin)

Add a Comment